Jumaat, 30 Jun 2017

KECEKAPAN TENAGA




Pengenalan



Kecekapan tenaga merujuk kepada pengguna yang cermat, berhemat dan juga bijaksana. Elektrik merupakan sumber tenaga yang utama digunakan di rumah. Sebagai pengguna kita mestilah memanfaatkan sumber elektrik . Penggunaan tenaga yang cermat juga dapat menjimatkan tenaga .



Apakah itu kecekapan tenaga?

Kecekapan tenaga contohnya elektrik  bermakna menggunakan tenaga (elektrik) secara minima bagi menyempurnakan kerja yang dilakukan dirumah ataupun disekolah. Ini juga bermakna pengguna seperti kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan  jika pengguna meminimakan penggunaaan elektrik.

Terdapat anggota badan seperti badan suruhanjaya tenaga (ST) bertanggungjawab bagi mengawal dan membangunkan program pelabelan cekap tenaga. Program ini mengalakkan industri atau kilang  bagi menghasilkan barangan elektrik yang menjimatkan elektrik.

Apakah kepentingan meminimakan tenaga elektrik

Image result for jimat tenaga elektrik

Tenaga elektrik adalah penting bagi kehidupan harian. Kita telah menggunakan banyak tenaga elektrik dalam kehidupan harian tanpa kita sedar akan kepentingannya. kita sebagai pengguna perlulah menggunakan elektrik secara berhemah. Kepentingan elektrik telah banyak diterangkan di Televisyen contohnya.







Antara kesan pembaziran tenaga elektrik :

  • Menjejaskan kesan alam sekitar
  • Meningkat kesan pemanasan global
  • Pembaziran wang ringgit hanya untuk membayar elektrik

Image result for pembaziran tenaga elektrik
Pembaziran tenaga di rumah

Mengapakah kita (pengguna) perlu menggunakan tenaga dengan cekap? 

1. Untuk mengurangkan bahan api fosil seperti gas dan arang batu yang:

  • Menghasilkan gas-gas yang merbahaya dan membawa kesan buruk.
  • kos yang kian meninggi,
  • Buruk untuk kesihatan manusia dan alam sekitar.
  • Bekalan yang semakin susut.



2. Bagi memelihara keindahan alam sekitar untuk generasi yang akan datang.



3.  Untuk mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah:



Image result for kecekapan tenaga


Fungsi Label

Label cekap tenaga ini  bertujuan membantu pengguna untuk memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membuat pilihan terhadap barang elektrik yang lengkap. Bintang pada label cekap tenaga itu menunjukkan kecekapan barang elektrik dalam menjimatkan tenaga.

Pengiraan kecekapan tenaga bagi peti sejuk di tentukan melalai kaedah ujian yang diiktiraf oleh suruhanjaya tenaga.

Label yang mempunyai taraf 1 bintang menujukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang rendah manakala Label yang mempunyai taraf 5 bintang  menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan elektrik yang tinggi.Setakat ini label cekap tenaga ini boleh didapati di peti sejuk , pendingin hawa , televisyen dan kipas.

Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM . Sekiranya pengujian tersebut lulus , maka suruhanjaya tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan taraf 1 bintang hingga ke taraf 5 bintang.


Image result for sirim

Beberapa langkah - langkah penjimatan elektrik.


1. Jangan biarkan  pintu peti sejuk terbuka .

2. Tutup penghawa diingin jika tidak menggunakannya.

3. Tutup televisyen ,lampu atau peralatan elektrik jika tidak menggunakanya.

4. Jemur kain diluar rumah ketika hari panas tanpa menggunakan pengering.

Tips jimat tenaga



Gabungan sumber rujukan :

  • http://kecekapantenagahamidahmajid.blogspot.my
  • http://niknurhusna2um.blogspot.my
  • http://e-tenaga.blogspot.my/p/kecekapan-tenaga.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan